Tuesday, 17 December 2013
Saturday, 7 December 2013
BAWANG PUTIH - GARLICINE
GALICINE
BAWANG PUTIH
Khasiat Bawang Putih
Bawang putih atau garlic dalam bahasa Inggerisnya memang
amat popular di kalangan mereka-mereka yang mengamalkan perubatan tradisional.
(Nama saintifik Allium satvium).Ia mudah di dapati di pasaran. Malahan
khabarnya di Jerman, ia merupakan jualan bukan berunsur dadah yang paling laris
dijual di kedai-kedai ubat/farmasi! Sering disebut sebagai ubat tradisional
yang menakjubkan yang dapat menyelesaikan banyak masalah perubatan sejak zaman
berzaman_ mampu memerangi bakteria, melawan parasit usus dan berjenis-jenis
virus. Khasiat tempatan bawang putih memanglah banyak, diantaranya, ( kesan
perubatan bawang putih maksima sekiranya diambil secaramentah atau dihancurkan
tanpa dimasak- yang mentah mempunyai kesan antibiotik yang kuat)
Dalam bahasa Inggeris bawang putih disebut “garlic“.
Mengikut rujukan daripada encyclopedia nama “garlic” itu berasal daripada
perkataan Anglosaxon “gar-leac” bermaksud pokok lembing. Nama ini sesuai dengan
bentuk daun bawang ’garlic’ yang
panjangnya sehingga 15 sentimeter (6 inci).
Daun bawang putih ini tumbuh daripada ubi atau cloves. 7
hingga 8 clove terkumpul menjadi satu ‘bulb’ yang diselaputi oleh kulit yang
nipis seolah-olah macam kertas.
Pada hari ini bawang putih dijual di merata-rata kedai dan
farmasi dalam bentuk kapsul. Kajian sains telah menunjukkan bahawa bawang putih
mempunyai dua fungsi penting. Pertama, sebagai makanan dan kedua sebagai
penawar dan penahan penyakit-penyakit khususnya penyakit jantung dan penyakit
jangkitan bakteria, virus mahu pun kulat.
Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa
bawang putih berkemampuan melawan lebih banyak jenis bakteria; virus dan kulat
daripada antibiotik sungguhpun tindakannya tidak sekuat antibiotik. Bawang
putih boleh dimakan dalam bentuk kapsul untuk jangkitan mulut, kerongkong,
batuk, selesema, bronchitis, cirit-birit, jangkitan kulit dan jangkitan air
kencing. Bagi mendapat manfaat yang terbaik, bawang putih mestilah dimakan
sebagai salah satu daripada tindakan yang bersepadu; penjagaan kesihatan diri
seperti latihan jasmani serta pemakanan yang seimbang.
Apakah yang ada di dalam bawang putih hingga membolehkan ia
menjadi penawar yang begitu mujarab? Ahli sains telah dapat mengesan bahawa
bawang putih mengandungi sulfur sejenis kimia dalam bentuk yang natural yang
boleh melawan bakteria, kulat dan virus.
Bawang putih juga mengandungi sejenis bahan yang diberi nama
“Allicin”. Allicin inilah yang memberi bau pada bawang putih yang tentu sekali
semua telah mengenalinya. Bau ini hanya keluar apabila bawang putih dipecah
atau ditumbuk. Allicin juga yang mengeluarkan bau bawang putih kerana Allicin
akan menjadi beberapa campuran yang bercampur dengan sulfur menjadi sulphide.
Oleh itu, elok sekali kita mengamalkan makan bawang putih
sebagai ulam atau digunakan untuk memasak sayur. Kadangkala ada juga sesetengah
orang yang membakar bawang putih dan memakannya seperti makanan-makanan lain.
Khasiat Bawang Putih
1. Mengelakkan pertumbuhan sel kenser
2. Melambatkan proses
penuaan
3. Menurunkan kadar kolestrol
4. Meredakan stress
5. Menghilangkan tekanan darah tinggi
6. Meningkatkan insulin darah bagi penghidap
Diabetis
7. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu
sistem ketebalan badan
8. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier)
yang melindungi tubuh
dari berbagai macam Penyakit.
9. Menjaga stamina
10. Merawat gastrix/angin
11. Merawat
asma/batuk/selsema
12.
Mengatasi/melegakan senggugut
13. Mengubati luka
13. Mengandungi
vitamin A, B & C
14. Juga kalsium
dan potassium
Subscribe to:
Posts (Atom)