Tuesday 17 December 2013

BONUS MATA TERKUMPUL

Geng Lelaki juga membuktikan Bonus Mata Terkumpul RM6,000.00 mampu dimiliki .....




Saturday 7 December 2013

BAWANG PUTIH - GARLICINE






GALICINE



                  
                       BAWANG PUTIH



Khasiat Bawang Putih

Bawang putih atau garlic dalam bahasa Inggerisnya memang amat popular di kalangan mereka-mereka yang mengamalkan perubatan tradisional. (Nama saintifik Allium satvium).Ia mudah di dapati di pasaran. Malahan khabarnya di Jerman, ia merupakan jualan bukan berunsur dadah yang paling laris dijual di kedai-kedai ubat/farmasi! Sering disebut sebagai ubat tradisional yang menakjubkan yang dapat menyelesaikan banyak masalah perubatan sejak zaman berzaman_ mampu memerangi bakteria, melawan parasit usus dan berjenis-jenis virus. Khasiat tempatan bawang putih memanglah banyak, diantaranya, ( kesan perubatan bawang putih maksima sekiranya diambil secaramentah atau dihancurkan tanpa dimasak- yang mentah mempunyai kesan antibiotik yang kuat)

Dalam bahasa Inggeris bawang putih disebut “garlic“. Mengikut rujukan daripada encyclopedia nama “garlic” itu berasal daripada perkataan Anglosaxon “gar-leac” bermaksud pokok lembing. Nama ini sesuai dengan bentuk daun bawang  ’garlic’ yang panjangnya sehingga 15 sentimeter (6 inci).

Daun bawang putih ini tumbuh daripada ubi atau cloves. 7 hingga 8 clove terkumpul menjadi satu ‘bulb’ yang diselaputi oleh kulit yang nipis seolah-olah macam kertas.

Pada hari ini bawang putih dijual di merata-rata kedai dan farmasi dalam bentuk kapsul. Kajian sains telah menunjukkan bahawa bawang putih mempunyai dua fungsi penting. Pertama, sebagai makanan dan kedua sebagai penawar dan penahan penyakit-penyakit khususnya penyakit jantung dan penyakit jangkitan bakteria, virus mahu pun kulat.

Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bawang putih berkemampuan melawan lebih banyak jenis bakteria; virus dan kulat daripada antibiotik sungguhpun tindakannya tidak sekuat antibiotik. Bawang putih boleh dimakan dalam bentuk kapsul untuk jangkitan mulut, kerongkong, batuk, selesema, bronchitis, cirit-birit, jangkitan kulit dan jangkitan air kencing. Bagi mendapat manfaat yang terbaik, bawang putih mestilah dimakan sebagai salah satu daripada tindakan yang bersepadu; penjagaan kesihatan diri seperti latihan jasmani serta pemakanan yang seimbang.

Apakah yang ada di dalam bawang putih hingga membolehkan ia menjadi penawar yang begitu mujarab? Ahli sains telah dapat mengesan bahawa bawang putih mengandungi sulfur sejenis kimia dalam bentuk yang natural yang boleh melawan bakteria, kulat dan virus.

Bawang putih juga mengandungi sejenis bahan yang diberi nama “Allicin”. Allicin inilah yang memberi bau pada bawang putih yang tentu sekali semua telah mengenalinya. Bau ini hanya keluar apabila bawang putih dipecah atau ditumbuk. Allicin juga yang mengeluarkan bau bawang putih kerana Allicin akan menjadi beberapa campuran yang bercampur dengan sulfur menjadi sulphide.

Oleh itu, elok sekali kita mengamalkan makan bawang putih sebagai ulam atau digunakan untuk memasak sayur. Kadangkala ada juga sesetengah orang yang membakar bawang putih dan memakannya seperti makanan-makanan lain.
        
        Khasiat Bawang Putih

    1. Mengelakkan pertumbuhan sel kenser
    2.  Melambatkan proses penuaan
    3.  Menurunkan kadar kolestrol
    4.  Meredakan stress
    5.  Menghilangkan tekanan darah tinggi
    6.  Meningkatkan insulin darah bagi penghidap Diabetis
    7.  Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem ketebalan badan
    8.  Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh 
         dari berbagai macam Penyakit.     
    9.  Menjaga stamina
   10. Merawat gastrix/angin
   11. Merawat asma/batuk/selsema
   12. Mengatasi/melegakan senggugut
   13. Mengubati luka
   13. Mengandungi vitamin A, B & C
   14. Juga kalsium dan potassium

Tuesday 2 July 2013

PELUANG PERNIAGAAN HANYA UNTUK YANG BERANI

Tambah kapsyen
Program usahawan yang mempunyai MENTOR, ILMU, SISTEM, TINDAKAN dan IMPIAN